Friday 27 July 2012

 
TAJUK 3: ETIKA & PROFESIONAL KEGURUAN (samb..)

Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kejayaan seimbang dari segi ekonomi, politik,sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh pada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dansaksama, progresif dan makmur, serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan.

  GURU ?

GURU ialah mereka yang dianggap sebagai orang yang telah terdidik untuk mendidik dan membimbing orang lain supaya mengenali Tuhannya, dunianya dan kehidupannya.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

 
MOTIVASI KEGURUAN -  bermaksud daya rangsang seseorang untuk muncul sebagai seorang yang memiliki hati, akal, watak, minat dan bakat mendidik, pembimbing/fasilitator dan pemimpin supaya berkemampuan melahirkan sifat-sifat kemanusiaan optimum dengan sifat-sifat negatif yang paling minimum. 
  Pelajar kita mempunyai :
hati, akal, perasaan, jiwa dan harapan,
pelbagai adunan bakat, minat, sikap dan emosi,
pelbagai ramuan keistimewaan dan kekurangan,
tanggapan dan harapan yang tinggi kepada guru,
latarbelakang, pengalaman, penilaian yang sama atau berbeza dengan kita.

PROFESIONALISME

Pekerjaan yang memerlukan latihan yang khusus,
Mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang yang diceburi,
Mempunyai autonomi dalam bidang tersebut,
Mempunyai badan atau lembaga yang menjaga kepentingan ahli.


 Pembetukan etika profesional adalah berlandaskan prinsip..

Kesaksamaan
Keterbukaan
Kerahsiaan
Ketekunan
Kesetiaan (terhadap tanggungjawab profesional)
Mengelakkan konflik kepentingan.


GURU : UNDANG-UNDANG vs ETIKA
 
Perintah Am Bab D
Akta Pendidikan 1996  vs  
Kod etika perguruan


KEPENTINGAN KOD ETIKA PERGURUAN
 
Garis panduan untuk bertingkahlaku

Menyatakan dengan jelas tanggungjawab  profesion perguruan

Meningkatkan imej profesion perguruan


 ISU DALAM ETIKA PERGURUAN
 
Penilaian dalam Pendidikan (kesahan, kebolehpercayaan, formatif, sumatif).

Sistem pengaliran dan penjurusan.

Gangguan seksual (lisan, isyarat, visual, psikologi, fizikal).

  Keadilan dalam Pendidikan.

Prasangka dalam perkauman.

Salah laku guru.

Akauntabiliti guru dari aspek moral (selari dengan falsafah 
pendidikan, penilaian pelajar, kuasa guru).


 ETIKA KERJA MENURUT KPM 

  Definisi : panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga KPM berasaskan nilai-nilai akhlak mulia.
Terdapat 2 komponen utama :
(1) prinsip dan nilai yang terkandung dalam etika kerja menjadi panduan setiap warga KPM.

(2) etika kerja yang wujud berfungsi sebagai panduan tingkah laku di tempat kerja,

 PRINSIP ETIKA KERJA KPM
  
Niat Yang Betul

Perlakuan Yang Baik
  
Berdisiplin & Beradap
 
Mengotakan Apa Yang Dikata

Penggerak Ke Arah Kebaikan

Aplikasi Etika Kerja Kpm Dari Aspek Prinsip

Niat yang betul
Guru melaksanakan tugas dengan betul, sebagaimana yang dituntut
oleh agama dan selaras dengan nilai yang dicadangkan

Bagaimana guru menjalankan tugas berlandaskan FPK – melahirkan
pelajar yang seimbang dari segi JERI?

Perlakuan yang baik
Guru melaksanakan tugas dengan sempurna untuk mencapai hasil
yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi.

Buat apa yang cikgu suruh, jangan buat apa yang cikgu buat “ ?

Penampilan diri, pertuturan dan tindakan yang terbaik sepanjang
masa.
 
Penggerak ke arah kebaikan
Menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing
dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan.

Penambahbaikan secara berterusan.

Mengotakan apa yang dikata
Guru telah diberi amanah untuk mendidik anak-anak bangsa.
Contoh : Piagam pelanggan sekolah.

Berdisiplin dan beradab
Menjaga adab sopan seperti terdapat dalam ajaran agama,

Mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan, prosedur dan kaedah,
Contoh : Perintah Am, Akta Pendidikan 1996, Sukatan Pelajaran,
Akujanji, Pekeliling Ikhtisas.

 
NILAI DALAM ETIKA KERJA KPM

Amanah
 
Benar

Bijaksana

Bersyukur

Dedikasi
 
Ikhlas

Penyayang


 APLIKASI ETIKA KERJA KPM DARI ASPEK NILAI


  Amanah
Bertanggungjawab terhadap pihak yang berkepentingan (pelajar, rakan sejawat, ibu bapa dan masyarakat).
Contoh - empati pada pelajar, rasuah, masa bekerja.
 
Benar
Melakukan sesuatu tanpa agenda tersembunyi.
Contoh – perkongsian ilmu, menjalankan tanggungjawab.

  Bijaksana
Kesedaran bahawa wujud perbezaan antara pelajar.
Menggunakan seluruh tenaga, keupayaan dan kepakaran untuk melaksanakan tugas.
Menjalankan tugas dengan profesional, bukannya mengikut emosi.

Bersyukur
Tidak membandingkan pendapatan dengan persekitaran.
Menghargai nikmat (cuti, kerja separuh hari).

  Dedikasi
  Timbul dari minat yang mendalam.
  Kesediaan untuk menjalankan tugas tanpa helah.
  Sabar dalam mengharungi cabaran.

 
  Ikhlas
  Melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat organisasi, bukannya
  pangkat dan kedudukan.

  Penyayang
  Menjadikan sekolah sebagai sebuah keluarga yang besar.

  Sifat dan kualiti (guru, profesional dan sosial).
  Tugas guru (tugas kepada negara, pelajaran, pelajar, diri sendiri).

  Tatasusila Profesion Perguruan (Tanggungjawab terhadap pelajar, ibu
  bapa, masyarakat, negara, rakan sejawat dan profesion perguruan).
  Akauntabiliti Guru (pekerjaan, sekolah, tingkah laku, pelajar,
  profesion).


GURU MALAYSIA

Kami guru malaysia
berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

_______________________________________________________________________

LATIH AMAL 2:

1. ISL : Cadangkan kemungkinan yang berlaku kepada seseorang guru yang gagal mematuhi etika, akauntabiliti dan integriti

2. Tutorial : Kongsi cerita atau isu-isu guru melanggar etika keguruan dengan rakan sekelas anda. Bincangkan sebab-sebab berlaku ketidakpatuhan etika keguruan

Rujukan

1. Peranan Integrity Institute of Malaysia (IIM)
2. Buku Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Tarikh Pembentangan: 7 Ogos 2012 Jam 10.30 pg -11.30 pg
Panel:

1. Hanisah bt Ahmad Jaafar
2. Hazimah bt Yusof

No comments:

Post a Comment