KULIAH 9 : PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU
PERINGKAT PERKEMBANGAN
l Guru
Permulaan
l Guru
Cekap
l Guru
Berkesan
l Guru
Mahir
l Guru
Pakar
1) Guru Permulaan / Novis;
l Dikatakan
pasif, tidak kreatif & imaginatif.
l Belum
mencapai tahap yang dikehendaki oleh pihak sekolah.
l Masalah
penyesuaian diri dengan realiti sekolah/bilik darjah.
1.1. Ciri-ciri Guru Permulaan;
l Mula
mengaplikasikan kaedah mengajar
l Memahami
fakta, konsep & perkara asas pengajaran
l Membentuk
kerangka kognitif tugas-tugas guru
l Kurang
berupaya menangani tugas harian guru
1.2. Fokus Guru Permulaan;
l Mempunyai
kualiti dan kebolehan diri
l Melaksanakan
P&P
l Pelaksanaan
aktiviti kokurikulum
l Pengurusan
tempat kerja (sekolah)
l Penyesuaian
diri dengan budaya sekolah
l Peka dan
sentiasa mendapatkan informasi
l Mempunyai
kepelbagaian idea
2) Guru Cekap;
l Mempunyai
kecekapan dari segi:-
– Profesionalisme
– Melaksanakan
visi dan misi
– Keterampilan
peribadi
– Mengaplikasikan
ICT
– Kecerdasan
mental dan intelektual
– Kestabilan
emosi
– Kebijaksanaan
dan kepimpinan
l Guru
cekap mempunyai kecekapan pada tahap minimum.
l Guru mula
mengenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dgn merujuk situasi khusus.
l Guru
memiliki kemampuan menyelesaikan masalah P&P.
3) Guru Mahir;
l Guru
terbaik dalam bidangnya.
l Menguasai
kemahiran ICT dan mengaplikasikan dalam P&P.
l Mempunyai
kemahiran komunikasi yang tinggi
l Berkemampuan
membentuk suasana pembelajaran yang kondusif dan positif.
l Menjadi
teladan sebagai seorang profesional dalam membentuk program yang membangunkan
murid
l Mahir
membuat jangkaan terhadap murid dan tahu menyelesaikannya.
l Menunjukkan
gaya pengajaran yang tersendiri
4) Guru Pakar;
l Sentiasa
menyerlahkan kepimpinan profesional.
l Terlibat
sepenuhnya dalam pengurusan kurikulum.
l Dianggap
sebagai pihak yang berautoriti bercakap dalam bidang profesionalnya.
l Idea dan
kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOTA TAMBAHAN(1)
Ciri-Ciri Guru Cemerlang
Profesion
perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang
kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan
pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui
pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya
mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh
masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang
dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu:
- Ciri-ciri personaliti
seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau humorous
(jenaka) dan tegas.
- Aspek kemahiran pedagogi
seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan
badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang);
kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.
Terdapat
lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam
kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding
seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 – 4
Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 – 178): 1.
Kecemerlangan Peribadi
Kecemerlangan
peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:
- Nilai kendiri yang positif
- Berakhlak mulia
- Adil
- Bertimbang rasa
- Amanah
- Bertanggung jawab
- Kreatif
- Inovatif
- Kemas
- Sikap sedia berkongsi
- Bersikap terbuka
- Berpemikiran positif
2. Kecemerlangan
Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan
dan kemahiran:
- Mengamalkan budaya ilmu
- Berkebolehan menyelesaikan masalah
- Membuat keputusan yang rasional serta objektif
- Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing
- Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.
- Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.
- Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.
- Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan
4.
Kecemerlangan Potensi
- Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
- Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional, seminar, bengkel.
- Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan
5.
Personaliti Unggul Personaliti
ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah
yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul
seperti berikut:
- Adil
- Sabar
- Tegas
- Konsep kendiri positif
- Kesungguhan
- Mesra
- Prihatin
- Kerjasama
- Menepati masa
- Bertanggung jawab
- Berakhlak mulia
- Kecindan (unsur jenaka)
Menurut
penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja
ciri-ciri di atas iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh
semua guru cemerlang yang ada di negara kita masa kini.
CIRI-CIRI GURU BERKESAN
Ilmu Pengetahuan:
Apakah pengetahuan? Adakah pengetahuan
sahaja sudah cukup? Phillip Van Hooser menyatakan bahawa pengetahuan bukan
dimanifestasikan oleh sijil dan diploma, ia juga bukan satu ukuran yang tepat
berdasarkan angka gred mata purata atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang itu
berada di tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding).
Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh
pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal.
Kemahiran
Pengetahuan dan kemahiran sama-sama
penting. Kedua-duanya sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal.
Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi
sesuatu konsep atau idea kepada sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan
kepimpinan yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus
termasuklah keberanian profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar.
Sikap
Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan
kehendak (desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran
yan tertentu bagi melaksanakan perkara-perkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang
mendorong dan menggerakkan tingkah-laku dan perbuatan maka hasil akhirnya
adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Didapati juga
individu-indidvidu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki
sikap, kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan
yang mereka hadapi dengan jayanya.
Cabaran kita ialah secara sedar membuang perasaan berpuas
hati (complacency) dan terlalu yakin (overconfidence) sewaktu kita mengembangkan satu atau lebih unsur-unsur di atas.
Kejayaan dan kecemerlangan sekolah
terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya
yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap orang pelajar,
guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah sekolah
itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak
lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri
GURU BERKESAN
·
Bersikap
profesional.
·
Mempamerkan
ciri-ciri kekuatan teori.
·
Kaya
ilmu.
·
Bertindak
di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
·
Bermoral
teguh.
·
Sentiasa
berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
·
Prihatin
dengan kehendak murid dan ibu bapa.
·
Berkebolehan
menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
·
Melengkapkan
diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
·
Menampilkan
watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
·
Mempastikan
situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
·
Berupaya melahirkan 'persekolahan
berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
·
Berupaya
membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
·
Berupaya
membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral,
berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi
tertentu).
·
Taat
dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
·
Menunjukkan
kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
·
Profesional
dan
menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya
sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri
peribadi mahu pun dalam organisasi? Tetapi yang nyata masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat kurang memiliki ciri-ciri tersebut. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yan berkesan dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang?
Untuk menjadi guru berkesaan kita perlu
berubah. Kita perlu menganjak paradigma, kita perlu melakukan lonjakan
quantum dengan merobah dan meruntuh tembok penghalang yang pertama dan utama iaitu Menolak
Perubahan (Resist
Change). Ken Blanchard, pengarang buku "The One Minute
Manager" menyatakan bahawa kita lumrahnya liat dan sukar menerima
perubahan. Beliau menyatakan bahawa;
· Bila
memikirkan perubahan kita sering fikirkan perkara-perkara yang kita kena kepaskan,
bukan kepada perkara-perkara yang akan kita dapat .
· Setiap
orang mempunyai toleransi yang berbeza terhadap perubahan kendatipun kepada mereka yang memiliki tahap
toleransi yang tinggi akan ada satu titik di mana perubahan tidak berupaya
ditanggungi.
· Selali
pun perubahan telah berlaku kita secara fitrahnya mahu meletakkan
perkaarap-perkara kembali kepada keadaan asalnya.
Mengubah Diri Mengubah Sikap
Plato berkat, "Kemenangan yang
utama dan pertama ialah menakluki diri." Garfield pula berkata, "Di dunia ini
benda-benda tidak berubah, kecuali ada orang yang mengubahnya."
Jelas sekali perubahan tidak terjadi tanpa
penggeraknya atau pun penyebabnya, dan perubahan yang paling berat dan paling sukar ialah
perubahan diri peribadi. Stephen Covey (1989) dalam bukunya "The Seven
Habits of Highly Effective People" menyatakan ada dua tahap
proses perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status 'orang-orang yang
paling berkesan' iaitu tahap 'memenangi peribadi' dan 'memenangi publik'. Tiga tabiat (habit) yang fundamental bagi
seseorang memenangi diri peribadi adalah:
·
Jadilah
Proaktif (Be Proactive)
·
Mulai
dengan yang akhir di dalam minda (Begin with the End in Mind)
·
Buat
dahulu perkara pertama (Put First Things First)
Bagi memenangi
publik (dalam hubungan interpersoal) tabiat (habit) yang perlu diamalkan
adalah:
· Fikirkan
Menang/Menang (Think Win/Win)
· Fahami
dahulu, kemudian minta difahami (Seek first to understand, and then to be
understood)
· Sinergi (Synergize)
· Tajamilah
mata gergaji (Sharpen the Saw)
Memenangi Peribadi
Dalam hubungan interpersonal kita sentiasa
berinteraksi dengan orang-orang di dalam organisasi rasmi kita iaitu sekolah di mana personaliti dan perwatakan
memainkan peranan dan pengaruh yang kuat terutama ke atas anak didik kita dan juga rakan sejawatan.
Peribadi yang positif dan kuat mudah memberi kesan dan pengaruh serta
dapat menjalin hubungan interpersonal
yang baik dan harmonis.
Antara rangsangan (stimulus) dan
tindakan (response) terdapat satu ruang di mana kita boleh membuat pilihan. Apa jua
tindakbalas/tindakan yang diambil bergantung kepada sedar-diri (self-awareness),
imaginasi, hati nurani (conscience) dan keazaman-diri (independent
will) setiap individu itu. Oleh itu sebelum berlakunya sebarang tindakbalas, setiap orang
mempunyai satu ruang untuk membuat pilihan, dan di ruangan 'kebebasan memilih' inilah pula manusia sebenarnya memiliki 'anugerah
istimewa' iaitu sedar-diri -- keadaan setiap orang sedar situasi sekeliling dan juga
implikasi terhadap tindakbalas yang mungkin diambilnya. Di samping sedar-diri ini manusia
juga dianugerahkan imaginasi -- kebolehan menjana sesuatu di dalam minda yang melangkaui
realiti semasa. Hati nurani (consceince) pula merupakan kesedaran
dalaman (suara hati) terhadap salah dan betul, benar dan palsu,
terhadap prinsip-prinsip yang mengawal tingkah-laku serta kesedaran wujudnya
harmoni antara pemikiran dan tindakan. Akhir sekali ialah satu anugerah kepada 'kemerdekaan'
dan keazaman diri -- satu kebolehan bertindak berdasarkan sedar-diri dan bebas daripada segala bentuk pengaruh.
Ciri kedua memenangi peribadi ialah 'mulai dengan gambaran akhir di dalam minda' yang bererti
setiap kita dapat melihat diri di akhir episod hidup kita sama ada kemajuan
dalam kerjaya atau kejayaan peribadi dan keluarga. Ringkasnya apakah kita mahukan 'husnul
khatimah' atau pun 'su'ul
khatimah'.
Dan ciri ketiga ialah
buat dahulu perkara pertama (Put First Things First) yang
maksudnya kita mengamalkan 'pengurusan masa'
yang kemas dan sistematik, mengutamakan prioriti tindakan serta tidak suka menanggguh
kerja. Insya Allah setelah tiga unsur penting ini kita kuasai maka tidaklah sukar
untuk menjadi seorang yang lebih berkesan baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai
seorang guru yang cemerlang mahupun sebagai seorang ahli organisasi yan boleh
menjadi role model kepada orang-orang lain.
Pendidikan Cemerlang
Aristotle berkata, "We are what we
repeatedly do. Excellence, then, is not an act, but a habit." Sesungguhnya kecemerlangan bukan terjadi
secara begitu sahaja tanpa faktor-faktor yang menggalak dan merangsang setiap
guru dan pelajar berusaha mencapai matlamat dan kepuasan kendiri yang
tinggi setelah bekerja keras, berkorban masa dan tenaga yang bukan sedikit.
Oleh itu sekolah dan guru-guru perlu pertamanya
melakukan sesuatu bagi menghapuskan atau mengurangkan faktor-faktor dalaman sekolah yang
menyekat kemajuan pelajaran pelajarnya. Usaha-usaha memperbaiki kemajuan dan
sekaligus kecemerlangan pendidikan di sekolah mestilah berfokuskan pengajaran dan
pembelajaran di bilik-bilik darjah. Semua ini perlukan perubahan sikap dan kepercayaan
para guru (termasuk pelajar-pelajar).
Hussein Mahmood (1993) dalam bukunya "Kepemimpinan
dan Keberkesanan Sekolah" berkata;
"Walau
bagaimanapun , di peringkat sekolah pada keseluruhannya,
seluruh cara hidup atau cara bekerja - yang dikatakan
budaya
sekolah serta sistem-sistem tertentu yang
menghalang kejayaan
sekolah perlu dikaji semula dan
diperbetulkan segera. Jika tidak,
segala apa juga usaha untuk memajukan
sekolah, kemungkinan
matlamat yang sepatutnya dicapai tidak dicapai."
Menurut beliau usaha untuk memajukan
sekolah hendaklah berfokuskan;
a. Pencapaian
matlamat sekolah, iaitu pelajaran dan pencapaian akademik para pelajar;
b. Penyelesaian
punca-punca masalah yang menyebabkan keadaan sekolah demikian;
c. Membentuk
atau mewujdukan budaya baru bagi menggantikan budaya yang sedia ada
melalui (b) atau memperkukuhkan budaya yang didapati produktif; dan
d. Menggerakkan
segala tenaga di sekolah dan di luar sekolah ke arah pencapaian matlamat-matlamat
sekolah melalui kepemimpinan pengetua.
Kajian terhadap Program Peningkatan
Kurikulum dasn Kemajuan Pendidika (PKKP) Jabatan Pendidikan Pahang, Edisi
Kedua (1999); Satu Penilaian dan Cadangan Pembaharuan menyebut faktor-faktor berikut sebagai
penghalang kepada peningkatan dan dengan itu mstilah dibasmi dan dielakkan:
·
Visi
bersama tidak dijelaskan dan tidak dihayati oleh setiap anggota;
·
Mesyuarat/perbincangan
mengenai strategi yang terlalu kurang;
·
Sikap
tidak cakna;
·
Anggota yang masih
tidak mahu berubah dari 'zon selesa';
·
Cepat
berpuas hati atau puas hati yang melampau;
·
Pemimpin
organisasi tidak terlibat dan tidak ikut serta untuk membuat perubahan;
·
Tiada
usaha yang lebih atau tiada pengorbanan;
·
Terlalu cepat mengisytiharkan kemenangan;
· Tiada
kemenangan jangka pendek yang boleh diraya atau dibanggakan oleh organisasi
menyebabkan hilang momentum untuk berubah dan anggota yang kecewa akan memasuki
kumpulan yang menolak perubahan.
Menempa Kejayaan
Persekolahan dan pendidikan hari ini bukan sahaja
menuntut para guru menyempurnakan tugas dan tanggunjgjawab mereka dalam mempastikan setiap anak
didik menguasai tulis baca dan mengira, malah menguasai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran baru.
Oleh itu tugas dan tanggungjawab serta komitmen guru juga haruslah bertambah
dan meningkat dari sebelumnya dan ini sudah tentu memerlukan satu sikap
baru dan 'pandangan baru' dalam menempa kecemerlangan pendidikan secara
keseluruhannya.
Untuk mencapai matlamat ini guru-guru
mestilah mempunyai kesedaran diri yang tinggi bahawa apa jua faktor yang
memghalang hendaklah dibanteras di samping membuat perubahan pendekatan,
strategi dan teknik serta secara berfikir yang positif.
Salah satu aspek
penting menempa kejayaan ialah pendekatan positif terhadap disiplin dalam
hubungan meningkatkan mutu kerja, mutu pengajaran dan pembelajaran, dan akhirnya mutu
output iaitu pencapaian anak didik di dalam penilaian dan peperiksaan.
Blaine Lee dalam bukunya The Power
Principle (1989) menyebut bahawa "The
positive approach to discipline focuses 20% on what went wrong, and 80% on what
could be different next time."
Yang demikian kita seharusnya menumpukan
lebih perhatian dan tenaga kepada aspek "next time" ini dan sekaligus
menghapuskan segala amalan, tabiat dan tingkah-laku negatif yang merugikan
semua orang. Satu daripada pendekatan dan konsep yang boleh diamalkan ialah Shewhart Cycle atau lebih
dikenali sebagai PDCA (yakni Plan - Do -
Check - Act).
Plan (Rancang)
Semua aktiviti (sekolah, kelas,
kokurikulum, zon dan daerah) mestilah dirancang dengan rapi. Elakkan sekali-kali mentaliti
ad-hoc, buat sesuatu secara tangkap muat, atau ikut sahaja kerana ramai
orang lain buat begitu.
Do (Buat)
Semua yang telah dirancang mesti
dilaksanakan sepenuhnya. Inilah aspek paling penting dan kritikal kerana pada
peringkat inilah yang menentukan kejayaan setiap perancangan itu. Apa makna dan apa
gunanya jika perancangan tinggal pernacangan sahaja? Soal balik diri sendiri
apakah perancangan yang kita buat telah semuanya dilaksanakan? Lihat kembali Folio B dalam Program
PKKP selama ini sudahkah dibuat sebagaimana dirancang? Jujurlah kepada diri
sendiri, dan jika belum, nah inilah puncanya mengapa kita begitu sukar mengatasi kelemahan dan
kemerosotan.
Check (Semak)
Semakan amat penting kerana setiap
perancangan dan pelaksanaan perlukan; penilaian bagi melihat keberkesanannya atau pun
sebab-sebab mengapa ianya tidak mencapai objektif yang ditentukan. Banyak kerja guru-guru
kita perlu disemak dengan teliti dan rapi seperti buku latihan murid diperiksa
atau tidak, pembetulan dibuat atau tidak, diagnosis mata pelajaran dibuat atau
tidak dan jika dibuat tindakan susulan dibuat atau tidak, keputusan mesyuarat guru atau mesyuarat
panitia mata pelajaran dibuat atau tidak, pencerapan pengajaran guru dalam
bilik darjah dibuat atau tidak; atau laporan-laporan berkala yang diminta oleh
JPNP dan PPD dibuat atau tidak, dan dihantar mengikut masanya atau tidak? Satu cara berkesan memastikan
sistem semakan yang praktikal ialah dengan mewujudkan satu Senarai Semak Komprehensif yang melibatkan semua perancangan aktiviti di
sekolah.
Act (Bertindak)
Setelah semakan dibuat dan jawapannya
diketahui sama ada ianya positif atau sebaliknya, tindakan yang amat penting seterusnya ialah mengambil tindakan.
Cari puncanya, cari mana silapnya dan cari siapa culpritnya (afritnya). Adakah
puncanya kerana sikap manusia atau sistem dan prosedur atau tidak jelas
bidang tugas? Tindakan seterusnya memastikan tidak berulang lagi perkara-perkara
tidak memuaskan ini dan personnel yang terlibat mestilah disedarkan melalui nasihat,
teguran, bimbingan dan kaunseling malah amaran dan tindakan selanjutbya sekali
pun jika sudah sampai kepada tahap yang serius dan kritikal.
Penutup
Menjadi guru
berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukan suatu
yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan dan
keanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir
dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang
tidak mudah patah semangat.
Guru yang profesional sentiasa mempamerkan
ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan keluhuran etika kerja serta
menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen yang
tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu. Guru yang
berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah, dan
mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari
kesilapan dan kelemahan.
Orang-orang yang berfikiran dan bersikap
optimistik tidak mudah melatah, merungut dan menyalahkan orang lain dan keadaan
semata-mata, orang yang optimistik melihat semuanya dari sudut yang serba berkemungkinan
berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek
organisasi.
Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor
Abdullah di dalam perutusan Hari Guru 1999, beliau menyebut;
" Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara
berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan
diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh
itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan
watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai
pendidik yang unggul."