Saturday 22 September 2012

KULIAH 8 : PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH
 
  1. GURU DAN ALAM PENDIDIKAN
  2. • profesion yang paling mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. • tahun 1999 sahaja jumlah guru yang terdapat di Malaysia ialah kira-kira 157, 415 orang manakala jumlah pelajar pula ialah 2,897,927 orang. • tahun 2000, terdapat lebih dari 200,000 orang guru di negara kita
  3. Guru sebagai pengamal ilmu • Sebagai pengamal ilmu, seseorang guru mempunyai peranan serta tugas yang amat berat, rumit dan mencabar. Pembangunan insan dan negara terletak di atas pundak kaum guru. • Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi sebuah ‘global village’, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak. • Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa mengemaskinikan serta mempertingkat ilmu pengetahuan masing-masing.
  4. • Dalam perkembangan berkaitan, Islam bukan sekadar menganjurkan umatnya mencari atau menuntut ilmu malah penyebaran ilmu juga menjadi satu kewajipan. Shahril @ Charil Marzuki, et. al. (1993) menegaskan guru sebagai pengamal ilmu, mempunyai peranan serta tanggungjawab sosial iaitu: (c)perancang, fasilitator dan pengurus pembelajaran; (d)penyampai ilmu pengetahuan; (e)pembentuk akhlak; (f) pembimbing; (g)contoh teladan atau model.
  5. • Menurut Mohd. Idris Jauzi (1990) untuk membolehkan para pendidik memainkan peranan berkesan dan positif sebagai pengamal dan penyampai ilmu, guru haruslah secara berencana dan berterusan: (c)mempersiapkan diri dari segi keilmuan; (d)berusaha membersihkan diri dari segi sahsiah menerusi ibadah-ibadah asas; (e)meningkatkan kecekapan, ketajaman dan ketrampilan diri dalam pelaksanaan tugas dan interaksi dengan masyarakat; (f) melaksanakan tugas keguruan dengan sebaiknya; (g)menawarkan khidmat bakti dan kepimpinan dalam kehidupan bermasyarakat; (h)menjadikan sekolah selaku gedung ilmu dan jemaah ilmuan sebagai pusat pendidikan anggota masyarakat.
  6. • Guru atau para pendidik juga seharusnya mempunyai dedikasi dan komitmen terhadap profesion serta tanggunggungjawab moral mereka sebagai seorang guru. • Mengikut Jujun S. Suriasumantri (1990) sebagai seorang pengamal ilmu, seseorang guru harus mempunyai tanggungjawab profesional yang mencukupi asas kebenaran, kejujuran, tanpa kepentingan langsung, menyandarkan kekuatan penghujahan, rasional, objektif, kritis, terbuka, pragmatis, dan neutral dari nilai-nilai yang bersifat dogmatik dalam menafsirkan hakikat realiti.
  7. Guru sebagai pengamal kemahiran • Guru harus mempunyai kemahiran dan mempunyai sijil bertauliah daripada latihan ikhtisas yang diiktiraf. Justeru, guru yang memperolehi kemahiran profesional adalah guru yang bertauliah dan cekap menjalankan tugas-tugas seperti pengajaran, bimbingan, aktiviti kokurikulum berlandaskan teori pendidikan.
  8. (a) Kemahiran belajar - kebolehan menerima isyarat dengan tepat, memproses maklumat yang diterima, menyimpannya dalam stor ingatan dan mengaplikasikan untuk menyelesaikan masalah. (b) Kemahiran berfikir - kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan proses-proses pemikiran seperti banding-beza, menghuraikan dan lain-lain. (c) Kemahiran pemudah cara - fasilitator yang membimbing, memotivasi serta menggerakkan orang lain.
  9. (d) Kemahiran mengajar - membentuk aktiviti pengajaran yang sistematik, menarik dan berkesan. (e) Kemahiran merancang - menentukan objektif pelajaran, memilih isi pengajaran, memilih strategi dan kaedah pengajaran, merancang aktiviti pengajaran pembelajaran, memilih dan menyediakan pelajaran serta menyediakan dan mengurus kemudahan untuk menjalankan aktiviti pengajaran.
  10. (f) Kemahiran berkomunikasi - secara lisan atau bertulis. (g) Kemahiran mengurus - mengurus bilik darjah, murid, kemudahan fizikal, bahan-bahan pengajaran dan sebagainya. (h) Kemahiran menilai - mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (I) Kemahiran ICT - menggunakan teknologi maklumat.
  11. Guru sebagai pembentuk nilai • Nilai adalah penting kerana ia memberi panduan dalam kehidupan. • Nilai dapat memotivasikan hidup manusia untuk hidup dengan cara yang betul. • Guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. • Guru berperanan menyerbakan nilai bahkan perlu menjadi rote model yang akan diteladani oleh para murid serta orang di sekelilingnya.
  12. Guru sebagai pendidik  Tugas guru adalah mendidik iaitu: (b)Memberi ilmu – mengajar, menyampai maklumat, berbincang, mengendalikan bengkel dan sebagainya. (c)Mendedahkan pengalaman – guru perlu mendedahkan murid-murid dengan pengalaman- pengalaman tertentu seperti pengembara, mengelola majlis. (d)Mendidik murid berakhlak mulia – mendidik termasuk dari segi akhlak, penampilan diri melalui pembelajaran seperti pendidikan moral.
  13. Guru sebagai agen sosialisasi • Perlu memupuk sikap, nilai dan sahsiah murid-murid yang sempurna selaras dengan kehendak masyarakat. • Guru mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat dan boleh menggunakan statusnya untuk menyebarkan nilai-nilai positif kepada ahli masyarakat.
  14. Guru sebagai agen perubahan • Mengubah daripada stail pengurusan dan kepimpinan yang bersifat autokratik kepada demokratik. • Perlu berasaskan perkara-perkara berikut: - Mengubah daripada strategi pemusatan guru kepada pemusatan murid. - Mengamalkan sifat penyayang terhadap pelajar, rakan sejawat, ketua, staf sokongan dan sekolah. - Bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia untuk menghadapi perubahan khususnya dalam bidang pendidikan.
  15. Guru sebagai pembina negara  Insan guru dapat membantu pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan negara.  Guru harus berakhlak mulia, mempunyai semangat berjuang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara.  Guru juga harus menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi untuk menolong membentuk masyarakat Malaysia yang berakhlak mulia.
  16. Guru sebagai penyebar ilmu • Bertanggungjawab menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid. • Memupuk nilai budaya ilmu supaya menjadi teladan bagi murid-murid mencontohi serta membentuk budaya ilmu sebagai ciri utama dalam kehidupan mereka. • Mewujudkan budaya ilmu di kalangan guru dan murid sejajar dengan salah satu pernyataan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. • Melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan.
  17. Guru sebagai penyayang • Prihatin, berminat, bertimbang rasa, menjaga, memikir dan memberi perhatian terhadap permintaan, pandangan, kebajikan, keperluan dan kebahagiaan murid-muridnya. • Menyukai dan menyayangi kanak-kanak. • Berminat mengajar, berdedikasi dan melaksanakan • aktiviti P & P dengan bersungguh-sungguh. • Dapat melahirkan murid yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup masyarakat.
  18. Guru sebagai pakar rujuk • Mempunyai kemahiran ikhtisas dan menguasai ilmu pengetahuan. • Menunjukkan sikap jujur serta mewujudkan interaksi positif pelbagai hala. • Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid menjalankan aktiviti pengajaran mereka.
  19. Guru sebagai mentor • Menolong memberikan penyelesaian masalah kepada murid dengan cepat dan berkesan. • Juga harus mempunyai kemahiran mendengar dengan baik iaitu memahami situasi atau keadaan yang dialami murid-muridnya. • Juga perlu mempunyai sifat dan kualiti seperti bersopan santun, menghormati pandangan murid, peramah, rendah hati, jujur, semangat berbakti, prihatin dan sebagainya.
  20. Guru sebagai pengurus • Mengurus rutin bilik darjah. • Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian. • Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah. • Mengurus keadaan fizikal bilik darjah. • Mengurus aktiviti kumpulan.
  21. Guru sebagai penyelidik • Menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi oleh murid. • Mengubah dan menyesuaikan strategi P & P dapat menarik perhatian murid. • Sentiasa membuat dan menjalankan refleksi kendiri bagi memperbaiki kelemahan dalam P & P.
  22. Guru sebagai pengamal reflektif • Sentiasa membuat pertimbangan dan pemikiran yang mendalam sebelum merancang sesi-sesi pengajaran. • Supaya murid-murid memperolehi kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang tinggi dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  23. Kesimpulan • Pendidikan merupakan pelaburan yang penting dalam sesebuah Negara. • kualiti generasi di masa hadapan sebahagian besarnya terletak di tangan guru-guru.

Thursday 20 September 2012

KULIAH 7: INTEGRITI GURU

 

Integriti merupakan rumusan kepada pemulihan martabat guru di mata masyarakat. Jika selama ini warga guru sudah semakin hilang sengatnya dimata masyarakat, ia berkait rapat dengan integriti.
Sebagai golongan yang diamanahkan oleh ibubapa dan diberi kepercayaan untuk mendidik dan membentuk survival anak-anak mereka di masa hadapan, guru-guru harus membalas kepercayaan tersebut dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi. Guru-guru dikenali oleh ibubapa sebagai insan yang mahir dalam selok belok pendidikan.
Kebanyakan ibubapa masa kini tidak lagi melihat tugas guru untuk membentuk sahsiah anak mereka kerana terlalu banyak isu yang berbangkit dari masa ke semasa. Ibubapa masa kini lebih mempersoalkan pencapaian akademik anak mereka berbanding perkara lain kerana inilah perkara yang ditekankan oleh sekolah. Peperiksaan yang menjadi penentu aras kebolehan pencapaian anak-anak mereka. Ibubapa mana yang tidak mahu guru membentuk juga sahsiah anak mereka tetapi memandangkan trend masyarakat yang mementingkan pencapaian dalam peperiksaan maka ibubapa juga seolah terlupa tentang peluang pembinaan sahsiah yang sewajarnya dididik oleh guru melalui tingkahlaku mereka sendiri yang menjadi teladan. 
Isu-isu teknikal sering menjadi bahan rungutan ibubapa terhadap guru hari ini seperti tidak memeriksa buku latihan, tidak memberi kerja rumah yang mencukupi, kertas soalan yang tidak bermutu, menyemak buku latihan secara sambil lewa, gagal menghabiskan sukatan pelajaran apabila peperiksaan semakin hampir dan pelbagai lagi isu teknikal yang berkaitan.
Isu pembentukan sahsiah pula hanya berkisar kepada permasalahan disiplin yang timbul seperti gejala sosial yang semakin merebak seperti merokok, gangsterisme, melepak, dadah dan sebagainya. Apabila diajukan persoalan ini maka ianya menjadi perbincangan sosial dan guru-guru meminta mereka tidak dijadikan penyebab lantas mengaitkan juga kegagalan ibubapa memikul peranan mendidik sahsiah anak-anak mereka.
Alasan guru-guru mudah, masa yang terhad di antara guru dan pelajar di samping tugasan mengajar pelajar yang ramai menyebabkan pembentukan sahsiah pelajar tidak dapat ditumpukan sepenuhnya. Guru sering berharap agar ibubapa tidak melepaskan tanggungjawab tersebut kebahu mereka semata-mata tetapi perlu bersama-sama memikul tugas mengikut masa dan tempat pelajar tersebut berada.
Ibubapa pula sering menunding jari mereka kepada keupayaan guru kerana tugasan mereka yang sibuk dari pagi hingga ke malam tidak mengizinkan mereka mendidik sahsiah anak-anak tambahan pula mereka tidak mempunyai kemahiran formal sebagaimana guru yang dilatih untuk membentuk sahsiah pelajar.
Maka, tunding menunding berterusan dari tahun ke tahun tanpa penyelesaian tetapi kesan yang ketara gejala sosial semakin bertambah parah di kalangan remaja sekolah dicelah-celah perselisihan guru guru dan ibubapa. Semakin lama kita membicarakannya semakin parah keadaannya.
Pepatah “Guru kencing berdiri anak murid kencing berlari” perlulah difahami maksudnya dan dijadikan peringatan sepanjang masa. Maksud sebenar pepatah tersebut iaitu sebagai seorang guru perlulah menonjolkan sifat terpuji dalam diri tidak kira di mana sahaja kita berada samada dihadapan pelajar ataupun dibelakang mereka.
Inilah maksud sebenar pepatah tersebut yang perlu menjadi pegangan guru-guru. Jika sebelum ini guru-guru merasakan bahawa pepatah tersebut berkait dengan teladan mereka akan dicontohi oleh pelajar maka hari ini kita perlu merenung lebih jauh lagi berhubung tindakan kita yang konsisten di mana-mana sahaja.

KULIAH 6: AKAUNTABILITI GURU

Akauntabiliti atau kebertanggungjawab seseorang guru difokuskan kepada tiga aspek iaitu tanggungjawab terhadap profesion perguruan, tanggungjawab terhadap negara dan tanggungjawab terhadap sekolah, masyarakat dan diri sendiri. Sebagai pendidik, guru bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan iaitu menyalur atau menyampaikan kurikulum yang telah disediakan kepada murid-murid dengan kaedah pengajaran yang berkesan.
1. Akauntabiliti Terhadap Negara
Secara professional, guru berkewajipan untuk memelihara imej dan profesion keguruan dengan menyemai khidmat bakti yang bermutu dan penuh dedikasi demi kemajuan negara. Bagi mencapai matalamat ini, guru hendaklah menanam azam untuk meningkatkan kemahiran diri dan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan dan juga bidang-bidang lain yang berkaitan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan efektif. Selain itu, guru-guru juga perlu :
• Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan Matlamat Pendidikan Negara berlandaskan Rukun Negara.
• Memupuk nilai dan sikap murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar.
• Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secaracergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.
• Mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa murid.
• Bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni.
2. Akauntabiliti Guru Terhadap Murid dan Profesion Perguruan
Tugas guru bukan setakat mengajar murid-murid mengenai mata pelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulam, tetapi menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan yang bermanfaat bagi perkembangan mental murid-murid. Bahkan guru dipertanggungjawabkan untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid-murid supaya mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan berguna kepada negara. Justeru itu, guru mempunyai akauntabiliti terhadap pencapaian, kemajuan dan kecemerlangan murid-murid dalam bidang pelajaran dan juga dari segi moral serta akhlak. Di samping melaksnakan tanggngjawab mendidik murid-murid, guru juga bertanggungjawab untuk memelihara imej dan tngkah laku diri sendiri. Faktor ini amat enting kerana guru hendaklah menunjukkan teladan yang terbai kepada murid-murid. Guru hendaklah sentiasa mempamerkan imej yang terbaik dengan berpakaian kemas dan sederhana, lemah lembut dan mesra, rajin dan tegas serta amanah dalam menjalankan tugas. Dengan penerapan nilai-nilai ini, guru akan sentiasa dihormati oleh murid-murid.
3. Akauntabiliti Guru Kepada Murid dan Ibu Bapa
Guru merupakan orang yang kedua penting dalam
kehidupan setiap murid. Apabila ibu bapa memasukkan anak mereka ke sekolah, maka ibu bapa menaruh harapan yang besar ke atas guru untuk mendidik anak-anak mereka supaya menjadi orang yang berilmu dan berguna kepada nusa dan bangsa. Harapan ibu bapa ini menjadi amanah dan tanggungjawab bagi guru-guru dan wajib dilaksanakan. Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah iaitu dengan mematuhi jadual, menepati masa, serta menjalankan tugas dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Utamakan kebajikan , kemajuan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain. Kita juga mestilah bersikap adil terhadap setiap pelajar di samping membimbing mereka tanpa meminta sebarang bayaran atau ganjaran. Dengan pelaksanaan Akta Pendidikan 1996, Perintah Pendidikan ( Pendidikan Wajib ) 2002, maka guru-guru dipertanggungjawab untuk menjalankan kewajipan berikut:
• Mengajar dengan penuh dedikasi dan berbakti demi kemajuan murid-murid, bidang pendidikan dan negara.
• Berbakti demi kebajiakan, keselamatan, kemajuan dan masa depan mrid-murid seperti yang diharapkan oleh ibu bapa.
• Bersikap adil dan saksama kepada setiap murid tanpa mengira bangsa, agama, kedudukan ekonami dan sosial murid-murid atau keluarga mereka.
• Mengasuh, mengajar dan membimbing murid-murid dengan ikhlas dan jujur tanpa sebarang ganjaran daripada ibu bapa murid-murid.
• Menunujukkan contoh teladan yang baik dan mesra kepada murid-murid dan ibu bapa mereka serta berbincang dengan ikhlas dengan setiap ibu bapa mengenai sebarang masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
4. Akauntabiliti Terhadap Diri Sendiri
Profesion perguruan merupakan profesion yang dihormati oleh setiap lapisan masyarakat negara ini sejak negara ini belum merdeka lagi. Justeru itu, setiap guru wajib memelihara dan mengekalkan status ini demi kebaikan guru itu khususnya dan bidang pendidikan amnya. Bagi memastikan profesion perguruan sentiasa dihormati, guru-guru hendaklah bertanggungjawab terhadap kemajuan diri sendiri. Fakta-fakta berikut adalah penting ke arah akauntabiliti guru terhadap diri mereka sendiri:
• Menjaga kesihatan dengan sempurna supaya guru dapat menjalankan tugas dengan cergas dan bertenaga.
• Guru hendaklah mengawal emosi ketika mengajar supaya murid-murid dapat menghayati pelajaran dengan tenang dan tenteram.
• Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan menerusi aktiviti membaca dan aktiviti lain yang ada kaiatan dengan tugas guru.
• Melibatkan diri dalm aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti yang dijalankan oleh PIBG bagi faedah bersama.
• Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatan adalah seimbang dengan perbelanjaan. 
• Berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekelilingmelalui media massa atau eletronik.
• Melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah pada masa lapang.
5. Akauntabiliti Terhadap Tugas dan Kerja
Bagi melaksanakan kebertanggungjawab atau akauntabiliti terhadap program pendidikan dengan cemerlang, guru-guru hendaklah mengamalkan perkara-perkara berikut:
• Membaca buku yang lebih banyak mengenai mata pelajaran yang terkandung dalam kurikulum.
• Memahami dengan lebih mendalam tentang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar kepada murid-murid.
• Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan mudah difahami oleh murid-murid.
• Mengajar dan menyampaikan ilmu pengetahuan yang tepat dan fakta yang betul supaya murid-murid mendapat manfaat darinya.
• Menyertai kursus dalam perkhidmatan dan seminar pendidikan bagi meningkatkan prestasi dan kemahiran mengajar.
Bahan Rujukan:
1. Buku Penilaian Tahap Kecekapan ( PTK ) Aspek Kompetensi Profesional.
m/s 147-151