Sunday, 22 July 2012


TAJUK 2 :KOD ETIKA PERGURUAN: ISU DAN CABARAN

1. Pengenalan
2. Definisi Etika
3.Tatasusila profesion perguruan
4.Etika Guru Muslim
5.Ciri-ciri guru yang berkesan
6.Program pendidikan guru
7.Isu-isu berbangkit
8.Cadangan
9.Penutup

PENGENALAN

Profesion guru dan pendidik terutamanya dalam zaman-zaman mencabar ini bukanlah semudah yang disangka - kerjanya separuh hari dan cutinya panjang. Sebagai arkiteksosial, guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar, bukan sekadar member pendidikan dan menyampaikan ilmu. Gurulah insan yang dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan oleh negara. Justeru kegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi dengan sempurna kerap dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan sesebuah negara.Lebih daripada itu, guru juga perlu menjadi model utama kepada anak didiknya. Oleh itu mereka perlu berjiwa besar. Bukan sembarangan orang layak menjadi guru. Hanya mereka yang luhur jiwa dan kental semangatnya yang sanggup mencurahkan bakti untuk menjadi guru. Kecintaan terhadap profesion ini juga seharusnya bukan sekadar secara luarannya sahaja, sebaliknya menyelinap ke dalam lubuk hatinya.Selain itu, guru sering dikaitkan sebagai agen perubahan dalam agenda sosial, politik dan ekonomi. Perubahan-perubahan yang dikehendaki oleh kerajaan selalunya disalurkan melalui falsafah dan matlamat ( juga merupakan input ) yang perlu diterjemahkan oleh guru sekolah dalam aktiviti kurikulum dan ko kurikulum.Falsafah Pendidikan Negara (PPN) pula memberikan matlamat yang jelas mengenaijenis manusia yang ingin dilahirkan oleh sistem kita. Pendekatan melahirkan insane harmoni dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih bermakna supaya faktor perubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri. Bagi memberi tindak balas kepada faktor globalisasi, sistem kita harus mampu mendepani cabaran zaman. Untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia tidak boleh terpencil dari arus pendidikan dunia. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luar lingkungan jangan sampai menjadikan kita kehilangan jatidiri.Oleh yang demikian, bagi memastikan jatidiri guru terus utuh, seseorang guru haruslah mematuhi Etika Profesion Keguruan. Etika ini merupakan panduan tingkah laku yang menjadi pegangan guru berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia. Melalui etika inilahmasyarakat boleh menganilisis, menilai serta menentukan sama ada tingkah laku guru telah mengikut peraturan yang ditetapkan atau sebaliknya. Melalui etika ini juga dapatmembantu guru menangani cabaran dalam dunia pendidikan yang begitu mencabar dewasa ini.

DEFINISI ETIKA

Etika berasal dari perkataan Greek iaitu ethos dan ethikos. Ethos bererti sifat, watak,kebiasaan, tempat yang biasa, cara hidup atau budaya manakala ethikos pula ialahtatasusila, beradab atau kelakuan atau perbuatan yang baik. Menurut Thiroux (2001),etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yangmengarah kepada makna sesuatu tindakan. Ia bukan bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau tingkahlaku manusia. Tumpuan etika ialah terhadap tingkahlaku individu,bagaimana manusia bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Namun begitu, Ismail Ibrahim (1995) menyebut, etika ialah sebagai proses pemikiran tentang baik dan buruk berkaitan perilaku seseorang. Etika juga merupakan suatu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Oleh itu etika memperkatakan tentang apa yang betul dan salah, perbuatan yang baik dan buruk, perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan, yang patut dan tidak patut serta yang berkaitan dengan tanggungjawab. Tegasnya, etika adalah sains perlakuan atau “behavioral science” yang mengkaji tentang perlakuan manuisa dalam masyarakat, membuat tafsiran mengenai tingkahlaku mereka dan memberi panduan cara-cara bertingkahlaku yang betul berdasarkan kepada piawaian etika atau moral manusia serta masyarakatnya.Menurut Martin [1993], etika didefinisikan sebagai "the discipline which can act as theperformance index or reference for our control system". Oleh demikian, etika akan memberikan batasan ataupun standard yang akan mengatur pergaulan manusia didalam kelompok sosialnya. Dalam pengertiannya yang secara khusus dikaitkan dengan seni pergaulan manusia, etika ini kemudian dirupakan dalam bentuk aturan(code) tertulis yang secara sistematik dibuat berdasarkan prinsip-prinsip moral yang ada, dan pada saat yang diperlukan akan berfungsi sebagai alat untuk mengadili segalatindakan yang secara logika-rasional umum (common sense) dinilai menyimpang dari kode etik Dengan demikian etika adalah refleksi dari apa yang disebut dengan "self control", kerana segalanya dibuat dan diterapkan untuk kepentingan sosial (profesi) itu sendiri.Selain dari itu, kerana kelompok profesional merupakan kelompok yang berkemahiran yang diperolehi melalui proses pendidikan dan latihan yang berkualiti dan mempunyai standard tinggi yang dalam menerapkan semua kemahirannya yang tinggi itu hanya dapat dinilai dari dalam oleh rakan sejawat, sesama sendiri. Kehadiran organisasi profesion dengan perangkat "built-in mechanism" berupa kode etik profesi dalam hal ini jelas akan diperlukan untuk menjaga martabat serta kehormatan profesi, dan disisi lain melindungi masyarakat dari segala bentuk penyimpangan maupun penyalah-gunaan keahlian (Wignjosoebroto, 1999).Oleh kerana itu dapatlah disimpulkan bahwa sebuah profesi hanya dapat memperoleh kepercayaan dari masyarakat, apabila dalam diri para elit profesional tersebut ada kesadaran kuat untuk mengindahkan etika profesi bila mereka ingin memberikan jasa kepada masyarakat yang memerlukannya. Tanpa etika profesi, apa yang semula dikenal sebagai sebuah profesi yang terhormat akan jatuh menjadi sebuah pekerjaan pencarian nafkah biasa yang sedikitpun tidak diwarnai dengan nilai-nilai idealisme danujung-ujungnya akan berakhir dengan tidak-ada lagi respek maupun kepercayaan yangdiberikan kepada para golongan profesional ini. Maka Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-Niat yang betul, Perlakuan yang baik, Pengerak ke arah
Kebaikan,Memperkotakan apa yang dikatakan,Berdisiplin dan beradab,Menghargai dan bertanggungjawab.

NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA(KPM)

Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus EtikaKerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai itu adalah:
Amanah, Benar, Bijaksana, Bersyukur, Dedikasi, Ikhlas, Penyayang

TATASUSILA PROFESION PERGURUAN

Tatasusila profesion perguruan merupakan suatu garis panduan atau kod-kod tingkahlaku yang perlu dipatuhi oleh semua orang yang menggelar dirinya sebagai pendidik dalam sistem pendidikan di Malaysia. Tatasusila tersebut dibahagikan kepada empat bidang tanggungjawab termasuklah pelajar, ibubapa, masyarakat dan Negara serta rakan sejawat dan profesionnya sendiri.

Tanggungjawab terhadap pelajar

Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain.·

Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada merekayang berhak mengetahuinya.

Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam matapelajaran-matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.·

Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapatmemberikan contoh yang baik kepada pelajar.·

Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan,lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supayapengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.


Tanggungjawab terhadap ibu bapa·

Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka.·

Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusipendidikan dengan rumahtangga.·

Menganggap semua makumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.·

Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.·

Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang bolehmenjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.


Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara·

Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.·

Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawabdan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.·

Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.·

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.·

Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat.·


Berpegang kepada tingkahlaku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.


Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan·

Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atauberbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.·

Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.·

Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dansosial.· Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharudalam profesion perguruan.·

Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesionperguruan.·

Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi,termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan

ETIKA GURU MUSLIM

Etika perguruan Islam belum dibuat secara khusus oleh kumpulan yang dianggotai oleh berbagai kalangan yang profesional. Namun sebagai percubaan awal hal ini boleh diusahakan secara perseorangan dan kemudiannya dapat ditokok tambah oleh khalayak pendidik serta dihayati oleh mereka sebagai suatu etika profesion keguruan .Antara yang boleh dirumuskan ialah:


Tanggungjawab Terhadap Allah

Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan/keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya.·

Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian.·

Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah.·

Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam.·

Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya.·

Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNyadengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya.

 Tanggungjawab Terhadap Diri·

Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek fizikal, emosional, mental mahupun moral.·

Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal.·

Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek.·

Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara.·

Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti profesion sebagai seorang guru.

Tanggungjawab Terhadap Ilmu

Guru muslim hendaklah :

 Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam.

Beriltizam dengan amanah ilmiah.Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari.

Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yangberkaitan.

Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelusuri sudut atau dimensi spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan.

Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamananumat manusia sejagat.

Tanggungjawab terhadap Profesion

Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.

Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.

Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentinganmasyarakat, persatuan atau persendirian.

Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kirabangsa, agama atau kepercayaan.

Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkahlaku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat.

Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya.

Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.

Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, dayacipta dan rohani.

Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit mengenaidiri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.

Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang bolehmembawa jatuhnya darjat profesion perguruan.

Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,masyarakat awam atau negara.

Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya merekadapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.


Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkankeyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.


Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap pelajar.


Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.


Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.


Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian terhadap para pelajarnya.


Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajar atauahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.


Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan).


Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-membesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.


Tanggungjawab Terhadap Pelajar

Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari hal-hal lain.

Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.

Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikancontoh yang baik kepada pelajar.. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata- mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran.


Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaranmencapai mutu yang setinggi-tingginya


Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat

Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.

Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin danbersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial.

Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan.

Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan dengan Rukunegara.

Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawabdan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segalatanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality, kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat.Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan harian dengan baik.



 Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa


Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.

Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.


Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yangboleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. 

Kod etika keguruan Islam ini kalau benar-benar dipatuhi dan diamalkan akan membantukeberkesanan pangajaran guru. Perkataan keberkesanan pengajaran guru ini mungkin kabur pagi setengah pihak. Oleh itu ada baiknya kita menjelaskan maksud perkataan tersebut. Keberkesanan bermaksud pengajaran guru berkenaan mencapai puncak matlamat yang digariskan.
CIRI-CIRI GURU YANG BERKESAN
Perbincangan mengenai ciri seseorang guru yang amat berkesan (highly effective)boleh dikategorikan kepada tiga aspek iaitu:·

Ciri peribadi yang menjelaskan perwatakan.·
i. Seorang yang bermatlamat (mission-driven) dan juga seorang yang asyik dalam pekerjaannya.
ii. Bersikap positif dan real yakni yakin dalamapa pun yang dilakukan di samping sabar menerima kenyataan biar pun pahit untuk ditelan.
iii.Merupakan seorang guru-pemimpin; di samping mengajar ia jugamembimbing dan menunjuk ajar bukan sahaja anak didik malah rakan sejawat dansiapa sahaja

Ciri mengajar yang memberikan hasil
seorang yang memiliki dan sentiasa menerapkan aspek dengannya("with-it-ness") dalam apa jua yang dibuat atau apa jua yang murid-muridnya mestibuat. Ia juga mempunyai stail yang tersendiri, sesuai dengan semua keadaan danpersekitaran, nilai dan budaya, peraturan dan undang-undang. Ianya juga memilikikepakaran memotivasi serta kebekesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ciri intelek yang menunjukkan ilmu, sedar-diri dan faham-kendiri.
Seseorang yang suka membaca buku, dan mempunyai mental life yang segar, berkembang dan bersifat self-actualization dengan minda yang sihat danterbuka, melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup yang luas dan menyeluruh(banyak) di samping melihat, menganalisis, mensintisis dan menilai satu di dalam yangbanyak.
Falsafah Pendidikan Negara (PPN) memberikan matlamat yang jelas mengenai jenis manusia yang ingin dilahirkan oleh sistem kita. Pendekatan melahirkan insan harmoni dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih bermakna supaya factor perubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri. Bagi memberi tindak balas kepada faktor globalisasi, sistem kita harus mampu mendepani cabaran zaman. Untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia tidak boleh terpencil dari arus pendidikan dunia. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luarlingkungan jangan sampai menjadikan kita kehilangan jatidiri.

PROGRAM PENDIDIKAN GURU

Program pendidikan guru ialah satu program latihan praktik dan sistematik berasaskan sekolah yang bersifat "developmental". Program ini membolehkan guru pelatih membina, menguasai, dan mengukuhkan ilmu profesional keguruan untuk menjadi guru permulaan yang berkesan.Namun begitu, kualiti pengajaran dan pembelajaran sesebuah sekolah banyak bergantung kepada kualiti gurunya. Kelayakan dan keprofesionalan guru menentukan kualiti program. Mack (1975) mengatakan ciri-ciri personaliti guru dan setakat mana latihan profesional yang dimiliki adalah menyumbang kepada kebolehannya. Ciri-ciri personaliti guru termasuklah: mempunyai kematangan, menghormati pelajar dan ibu bapa, berkeyakinan, fleksibel, suka belajar, perawakan baik, fizikal yang sesuai,beretika dan mempunyai latihan yang cukup.

Guru-guru perlu mendapat latihan professional untuk memahami bagaimana murid-murid berkembang dan belajar.Guru yang berkualiti dilihat dari segi hubungan erat yang berjaya diwujudkan denganpelajar, kemampuannya mengembangkan program dan merancang aktiviti,kejayaannya mewujudkan komunikasi yang baik dengan ibu bapa dan rakan sejawatyang lain dan kemahirannya dalam pentadbiran dan perkembangan professional.Guruyang baik ialah guru yang efektif iaitu guru yang berkemahiran serta dapat meningkatkan hasil pembelajaran pelajar. Kemahiran yang ada pada guru tidak lahir begitu sahaja. Ia perlu dipupuk dan dibajai melalui latihan yang sistematik sebelum melibatkan diri di dalam profesion perguruan. Latihan adalah penting bagi seseorang guru sekolah bagi mencapai kemahiran, kecekapan serta keberkesanan didalam perlaksanaan tugas. Sebagaimana apa yang dinyatakan oleh Yu- Wei Lin dan Spodek (1992) iaitu latihan berfungsi meningkatkan kualiti pengajaran guru sekolah.Walau bagaimanapun selain latihan yang diikuti minat yang mendalam terhadap kerjaya juga membantu keberkesanan pengajaran seseorang guru prasekolah. Motivasi juga merupakan faktor penting yang boleh meningkatkan kualiti guru-guru prasekolah kerana ia akan menaikkan semangat untuk berusaha dan mencapai matlamat yang hendak dicapai.Penglibatan sekolah dalam melaksanakan program ini dapat mewujudkan jalinan hubungan kerjasama antara Universiti dan sekolah, memupuk rasa tanggungjawabbersama, rasa kesepunyaan (ownership) dan mengukuhkan konsep "partnership" bagimembantu perkembangan profesionalisme.

Dalam melaksanakan program pendidikan guru ini, bimbingan dan latihan lebihdiutamakan daripada penilaian. Jalinan kerjasama dan perkongsian pengalaman serta kepakaran antara Universiti dan sekolah, yang menjadi teras pelaksanaan praktikum dapat membantu perkembangan sekolah terutamanya dari segi peningkatan ikhtisasguru pelatih.Komponen utama yang perlu ada dalam program pendidikan guru ialah:

(a) pengajaran dan pengalaman di bilik darjah,
(b) pengajaran dan pengalaman luar bilikdarjah, dan
(c) pembentukan ciri sahsiah yang sesuai dengan profesion keguruan.

Objektif Program Pendidikan Guru
Program pendidikan guru memberi peluang kepada guru pelatih mengenal secara lebih dekat peranan dan fungsi guru dan pengelolaan serta pengurusan sebenar bilik darjah. Secara khusus, program ini memberi peluang kepada guru pelatih belajar:· tentang tugas dan tanggungjawab asas keguruan.· mengenal pasti dan memahami murid-murid yang mempunyai perbezaan individu dan merancang persediaan pengajaran bagi memenuhi keperluan individu tersebut.· mengamal dan mencuba kaedah pengajaran mata pelajaran serta menilai kerja murid seperti yang telah dipelajari di dalam kursus.· menilai kelebihan dan kelemahan kesan-kesan pengajaran dan pembelajaran.· prosedur dan teknik pengelolaan kurikulum dan kokurikulum· mempraktikkan etika keguruan.

Sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah.· mengamalkan, mengubah suai dan mencuba teori-teori dan metodologi pengajaranberasaskan keseluruhan ilmu keguruan dan disiplin pengkhususan.· menganalisis perbezaan-perbezaan pelajar dan menghubungkan isu-isu disiplin dan gerak laku serta berusaha mengatasi masalah yang dihadapi.· membina daya usaha, kreativiti, kepekaan dan keyakinan diri serta sikap yang lebih positif dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang berbeza.· mengalami proses sosialisasi di dalam masyarakat sekolah supaya dapat berfungsisecara positif dalam bidang perguruan.· melibatkan diri secara aktif dalam pengelolaan kokurikulum sekolah dan mencubapendekatan-pendekatan yang sesuai dan inovatif.

Guru Sebagai Penyelidik
Penyelidikan dalam konteks globalisasi ini menekankan kepada pembentukan satu budaya kolaboratif, kerjasama, perkongsian dan penyayang dalam masyarakat. Disamping itu, penglibatan yang meluas dalam proses penyelidikan akan menimbulkan“sense of ownership” di kalangan semua pihak guru yang terlibat dalam penyelidikan tersebut. Setiap pihak yang terlibat akan lebih terbuka dalam memberikan kerjasama dan maklumat yang diperlukan. Pandangan di atas menunjukkan bahawa guru memerlukan trdisi penyelidikan yang sesuai dengan teori dan amalan mereka yangdapat menyumbang terhadap peningkatan kepada kemahiran menyelesaikan masalah.Satu tradisi penyelidikan yang berkembang dalam kemasyarakatan perlu di cuba dan di bangunkan. Organisasi, firma dan kilang-kilang, tempat kerja, rumahtangga dan sekolah adalah merupakan makmal yang ideal untuk menguji teori-teori sosial dankemasyarakatan. Perwakilan seperti ‘NGO’, ‘key personal’, wakil dari organisasi, surirumah, ketua tempat kediaman, adalah sebenarnya dikelilingi oleh sumber-sumber dan bahan yang kaya yang boleh dijadikan bahan penyelidikan.Stenhouse (1975) berpendapat bahawa jika guru hendaklah merealisasikan aspirasi negara mereka, adalah perlu mereka menganggap peranan mereka sebagai penyelidik.Penyelidikan perlu dijadikan sebagai salah satu tugas utama masyarakat. Pendedahan untuk menjalankan penyelidikan perlu diberi kapada guru supaya aspirasi negara untuk membina insan yang mempunyai kemahiran meneroka jati diri terbina secara intrinsik.Donald Schon (1983) yang menyarankan perubahan amalan gurudari berbentuk‘technical rationality’ kepada ‘reflective rationality’ yang menekankan amalan refleksi sebagai asas perkembangan profesional.Schon mengemukakan konsep ‘reflection-in-action’ dan ‘knowing-in-action’ sebagai proses penyelidikan yang menjadi saluran untuk perkembangan ilmu profesional dan peningkatan profesional. Konsep ‘reflection-in-action’ dan ‘knowing-in-action’ membawa maksud refleksi yang dilakukan semasa seseorang itu melakukan sesuatu untuk mempastikan apa yang dilakukan itu berkesan ataupun mungkin persepsi yang baru diperolehi bagi membaiki amalan. Keadaan ini banyak berlaku semasa guru mengajar misalnya guru sentiasa (sama ada secara sedaratau tidak) membuat refleksi ke atas pengajaran yang sedang mereka jalankan. Proses ini sebenarnya memerlukan seseorang itu mengesan maklumat dan menganalisis maklumat bagi membuat keputusan yang pantas bagi membaiki amalannya secara berterusan.Elliott (1993) menekankan betapa perlunya refleksi yang sistematik sebagai cara untuk mempertingkatkan mutu keputusan dan tindakan profesional yang dibuat oleh seorang pengkaji Elliott telah mengutarakan paradigma sains praktikal yang merangkuami konsep guru sebagai penyelidik dan pengamal refleksi. Proses ini melibatkan penyelidikan tindakan dan inkuiri tindakan. Bagi Elliott, perubahan pendidikan perlu berlandaskan inkuiri yang sistematik.Dari pandangan-pandangan di atas, jelaslah bahawa penglibatan guru sebagai penyelidik ini perlu diperkembangkan. Penglibatan pakar-pakar penyelidik dalam membimbing guru untuk melakukan penyelidikan secara berterusan boleh membentuk budaya menyelidik dan reflektif. Budaya ini memungkinkan suara dan pandangan wakil guru didengar dan diambil perhatian oleh pihak pembuat dasar dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam pendidikan. Ini sekurang-kurangnya dapat meningkatkan keyakinan dan ‘self-esteem’ guru. Budaya menyelidik juga didapati telah dapat menigkatkan keberkesanan guru yang seterusnya dapat menyumbangkan kepada kualiti pendidikan. Dalam konteks pendemokrasian pendidikan,  konsep guru sebagai penyelidik ini akan mula berakar umbi di kalangan guru di negara ini. Penglibatan guru dalam penyelidikan terutama penyelidikan tindakan perlu dijadikan amalan harian.

Pembudayaan penyelidikan yang menyeluruh adalah perlu supaya penyelidikan dapat dijadikan sebagai amalan yang boleh membantu dalam membuat keputusan serta tindakan yang lebih baik. Penyelidikan bukanlah cara yang boleh menyelesaikan sesuatu masalah, tetapi penyelidikan dapat membantu dalam melihat masalah secara lebih terancang dan sistematik supaya penyelesaian kepada masalah itu dapat dibuatdengan lebih berkesnn. Untuk membolehkan penyelidikan memberi sumbangan yang berkesan dalam meningkatkan kualiti pendidikan guru di setiap peringkat, metodologi,proses dan dapatan penyelidikan perlu dapat difahami dan digunakan sebaik-baiknyaoleh pelbagai pihak yang terlibat dan berkepentingan

ISU-ISU BERBANGKIT

Sejauh manakah guru-guru di sekolah sedar akan etika keguruan seperti yang tercetak di dalam Buku Rekod Pengajaran (Tatasusila Profesion Perguruan, Malaysia)? Walaupun Pengetua/Guru Besar dan guru memegang Buku Rekod Pengajaran dan merekodkan rancangan pengajaran mereka tiap-tiap hari, tetapi adakah mereka membaca dengan teliti dan memahami Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia yangmerupakan garis panduan kod etika perguruan? Berapa peratuskah Pengetua/GuruBesar dan guru-guru seluruh Malaysia yang memahami kod etika ini dan betul-betu mengamalkannya? Menurut Dr. Mohammed Sani (2001) dalam menggariskan sifat dan kualiti peribadi seseorang guru, di antaranya termasuklah sifat bertanggungjawab, mempuyai keyakinan diri, mempuyai daya kepimpinan dan menghayati nilai keagamaan dan nilai murni melalui program tarbiyah ruhiyyah yang berterusan. Menurut Rohaty (2002), guru perlu memahami dan menghayati etika dan profesion keguruan supaya dianggapprofessional. Malangnya terdapat juga segolongan guru dan Pengetua/Guru Besaryang seolah-olah telah ‘terlupa’ tentang kewujudan kod etika keguruan, dan salah satu faktor yang menyebabkan kejadian ini berlaku ialah faktor materialistik. Menurut Dr.Tajul Ariffin (1997), tugas mendidik sekarang telah dicemari dengan kegilaan guru untuk mencari kekayaan, kemegahan dan pangkat. Ini menyebabkan guru menggunakanlebih banyak masa untuk kepentingan sendiri ke arah perkara-perkara tesebut daripada memberi tumpuan kepada perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Ini jelas sekali menjejas etika dan profesion keguruan. Sebagai kesan sampingannya, pada masa kini telah berlaku kes-kes salah guna kuasa dan salah laku serta jenayah yang melibatkan pengurus sekolah atau/dan guru-guru sekolah.Menurut Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah, Zulqarnain Hassan dalam pembentangan kertas kerja yang bertajuk Jenayah Rasuah – Salah Guna Kuasa dan Penyelewengan Dalam Pengurusan Sekolah pada Seminar Kepengetuaan Kebangsaan Ke-3 di Institut Pengetua Universiti Malaya, Mac 2004, beliau telah mengatakan bahawa pengurus sekolah menyedari peruntukan undang-undang mengenai penyalahgunaan kuasa itu, ``Tetapi mereka dengan sengaja melakukannya…,. Menurut beliau, kes-kes sedemikian didapati bertambah setiap tahun, dan ini telahmenunjukkan peningkatan dalam kes penyalah gunaan kuasa oleh pihak berkenaan.``Namun begitu ada juga pengurus sekolah yang tidak tahu perbuatan mereka itu
menyalahi peraturan, katanya.Dalam pembentangan kertas kerja tersebut, belaiu telah memberi contoh kes-kes yangtidak beretika yang berlaku di sekolah-sekolah di Malaysia seperti berikut:
(1) Contoh Kes Suapan Guru Jasmani menerima wang daripada kontraktor didorong bahawa beliau meluluskan pembelian alat sukan.
(2) Pengetua sekeluarga menerima tiket kapal terbang secara percuma untuk melancung ke luar negeri dari syarikat buku yang menjual buku di sekolah berkenaan.
(3) Pengetua menerima wang bulanan untuk dirinya daripada pengusaha kantin asramasekolah kerana telah berusaha mendapatkan tender untuknya.
(4) Pengurus sekolah meminta kontraktor membaiki rumahnya secara percuma keranabeliau telah menganugerahkan kontrak kepada kontraktor berkenaan.
(5) Anak pengurus sekolah telah diberikan pekerjaan sebagai kerani di pejabat kontraktor sebagai balasan kerana mendapat kontrak.
(6) Contoh penggunaan dokumen palsu untuk mengelirukan majikana. Pengurus sekolah membuat tututan perjalanan kepada pihak atasan kononnya perjalanan dibuat daripada tempat A ke C, tetapi sebenarnya perjalanan adalah daripada A ke B
(7) Pengetua berpakat dengan kontraktor menuntut kos baik pulih perabot sekolah dengan menggunakan resit/invois tetapi kerja baik pulih tidak dijalankan sebaliknyakerja lain dibuat.
(8) Pengetua meluluskan bayaran kepada kontraktor membekal makanan untuk pelajar-
pelajar asrama sekolahnya dalam keadaan beliau tahu bahawa tuntutan adalah tidak betul iaitu 100 orang pelajar diberi makanan tetapi tuntutan daripada kontraktor ialah 200 orang pelajar yang diberikan makanan.
(9) Contoh kes pengurus sekolah yang mengambil kesempatan daripada kedudukannya/jawatannya untuk kepentingan peribadi atau saudara.
(10) Seseorang pengurus sekolah mengeluarkan pesanan tempatan kepada syarakat abangnya untuk mendapat bekalan kertas, kapur, pasu bunga dan peralatan sukansekolah.
(11) Pengurus sekolah membeli peralatan peti sejuk dan televisyen bagi kegunaan bilikguru sekolah dengan mengeluarkan pesanan tempatan kepada syarikat elektrik milik isteri/suaminya.
(12) Pengetua memberikan tender mengusahakan kantin sekolah kepada pengusaha kantin yang ada hubungan persaudaraan iaitu adik ipar.
(14) Contoh kes pecah amanaha. Pengurus sekolah memberikan wang bantuan kerajaan kepada pelajar berada, danbukannya pelajar miskin seperti dikehendaki oleh peraturan.
(15) Pengurus sekolah dikehendaki membayar sejumlah wang kepada Perbendaharaan tetapi bayaran tidak dibuat kepada Perbendaharaan sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun sendiri maka beliau telah melakukan pecah amanah.Selain daripada contoh kes-kes penyalah gunaan kuasa yang tersebut di atas, dalam tahun 2004 ini telah pun berlaku beberapa kes yang tidak beretika di kalangan guru kerana terlibat dalam penjenayahan dan salah tingkahlaku.

Selain daripada itu, satu kes yang berlaku di Sekolah Menengah Sains di Kuantan,Pahang ialah ibubapa seorang pelajar telah mengadu bahawa anaknya telah dirotan walaupun kesalahan yang dilakukannya terlalu kecil (Berita Harian, 30/6/2004).Satu kes yang lain pula melibatkan penjenayahan yang telah dilakukan oleh seorang guru lelaki di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur yang telah menculik seorang budak perempuan yang hanya berusia empat tahun dan telah meminta wang tebusan sebanyak RM200,000 (Berita Harian, 24/6/2004).Selain daripada kes-kes yang tersebut di atas, kita juga sering dapati adanya kecenderungan pihak-pihak tertentu, khususnya syarikat-syarikat pengeluar, penguasa,penerbit, pengedar dan individu-individu yang ingin membuat jualan terus kepada pelajar-pelajar dan guru-guru atau pun ingin mengadakan promosi melalui pameran dan demonstrasi dengan tujuan yang sama (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/1988,Kementerian Pendidikan Malaysia). Menurut pekeliling berkenaan, Pengetua dan GuruBesar diingatkan bahawa“ … kebenaran tidak boleh diberi kepada mana-mana syarikat atau mana-mana individu... Walau bagaimanapun, kelonggaran kepada larangan ini boleh diberi kepada pihak-pihak yang memohon untuk membuat jualan … keadaan-keadaan tertentu seperti … perayaan Hari Ibubapa, Hari Guru, Hari Sukan … [atau] demonstrasi dan promosi hanya mendapat perhatian dan pertimbangan … tanpa melibatkan pelajar-pelajar danlain-lain guru.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/1988, Kementerian Pendidikan Malaysia)

ISU SEMASA PROGRAM  LATIHAN GURU

Isu profesion guru juga sering dikaitkan dengan latihan mengajar. Persoalan seperti bagaimana pihak universiti, maktab, Kementerian Pelajaran dapat menguruskan progam latihan mengajar bagi guru pelatih dengan cara lebih berkesan? Latihan mengajar bagi bakal guru adalah pendidikan awal dalam hidup pendidik. Pengetahuan akademik tidak cukup untuk menjadi seorang guru, pengalaman dan amali praktikal menentukan kejayaan seseorang guru. Keberkesanan penyampaian pengetahuan adalah hasil sebenar kerja mereka. Keberkesanan pengajaran guru bergantung kepada konsep guru sebagai berikut:
·        Agen mangkin dalam pertumbuhan dan perkembangan pelajar.
·        Fasilitator dalam pembelajaran pelajar.
·        Penggerak kepada usaha pelajar.
·        Pembimbing dan model.
·        Pembuat keputusan dalam penggunaan peluang ada untuk kebajikan pelajar.

Latihan mengajar memberi peluang bagi guru menggunakan teori dan prinsip-prinsip pendidikan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar di samping meningkatkan keyakinan diri untuk mengurus bilik darjah. Keseluruhan jangka masa latihan mengajar lebih kurang 12 minggu, waktu mengajar antara 8 hingga 10 waktu seminggu. Tumpuan khusus kepada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mengikut opsyen guru pelatih itu. Terdapat beberapa kelemahan dalam program latihan pengajar:Kemahiran profesional belum mantap. Latihan mengajar menekankan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran,sedangkan tuntutan profesion perguruan lebih daripada itu kerana guru menghadapibanyak tekanan sosial seperti masalah berkaitan dengan disiplin, tuntutan ibu bapa danmasyarakat yang mementingkan pencapaian akademik cemerlang.Kekurangan bimbingan dan tunjuk ajar Guru pelatih diselia antara 5 hingga 8 kali semasa latihan mengajar. Penyeliaan dibuat untuk menilai kecekapan guru mengajar dan respons dari pelajar di dalam matapelajaran. Sebagai perbandingan, latihan profesion kedoktoran, doktor perlu menjalani housemanship selama setahun. Semasa menjalankan housemanship, doctor pelatih adalah di bawah pegawasan doktor pakar. Selepas itu, doktor tersebut perlu mendapat pengiktirafan dan mendaftar dengan persatuannya untuk latihan dan seterusnya terikatdengan tatasusila profesion kedoktoran di bawah pengawasan persatuan perubatan.Jangka masa latihan yang singkat Salah satu ciri profesion ialah latihan ahli-ahlinya memakan masa panjang dan seragam di semua institusi pengajian. Tempoh latihan perguruan berubah mengikut institusi dan permintaan tenaga manusia. Misalnya, tempoh masa perguruan di maktab berkurang dari tiga tahun ke dua setengah tahun. Program diploma pendidikan di university mengambil masa 9 bulan termasuk latihan mengajar. Jangka masa terlalu singkat menyebabkan calon tidak didedah kepada suasana sebenar di sekolah dengan masa yang cukup.

Kekurangan latihan pendidikan guru dalam perkhidmatan adalah terancang dan berterusan untuk membantu guru yang sedang berkhidmat bagi mengemaskini pengetahuan dan kemahiran profesional mengenai pendekatan dan penemuan mutakhir untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dengan efektif.Pendidikan guru dalam perkhidmatan sentiasa menekankan strategi pengajaran baru terutamanya apabila sesuatu kurikulum baru diperkenalkan untuk dilaksanakan oleh guru. Program ini membantu guru menjalankan tugas, mempertingkatkan kebolehan mengajar dan mendalami pengetahuan dan pengalaman guru. Di samping itu, sijil atau diploma yang dianugerahkan oleh Kementerian Pendidikan membantu para guru melanjutkan pelajaran ke universiti, kenaikan pangkat atau gaji.Mengikut kajian Dr Mohammed Sani Bin Ibrahim (1992), hanya seramai 1,485 orang guru iaitu 0.83 % daripada jumlah guru di Malaysia pada 30 Jun 1989 seramai 178,666 guru yang berpeluang mengikuti program pendidikan guru dalam perkhidmatan. Punca-punca minoriti guru yang menghadiri program adalah bilangan kursus yang ditawarkan dan bilangan peserta yang diambil adalah terhad.

Sistem pemilihan peserta kursus tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Menurut pegawai kanan di Kementerian Pelajaran dan pengarah IPG bahawa pengetua cenderung mencalonkan guru bermasalah manakala guru yang berprestasi baik diminta terus mengajar di sekolah untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar tidak terjejas dan keputusan peperiksaan sekolah dapat dikawal dan dipertingkatkan. Jabatan Pelajaran Negeri juga tidak menyokong kebanyakan pemohonan guru yang dicalonkan oleh pengetua. Masalah mendapat calon yang sesuai menyebabkan berlakunya guru-guru pernah mengikuti kursus dipilihsemula untuk berkhusus.Maklumat mengenai kursus tidak sampai ke pengetahuan guru dan ini menyebabkan ramai guru tidak boleh memohon untuk mengikutinya

CALON GURU

Antara calon-calon yang menawarkan dirinya menjadi guru ada yang terdiri daripada golongan tidak berminat terhadap profesion guru, oleh kerana memerlukan pekerjaan dan merupakan pilihan terakhir mereka selepas gagal memasuki program lain. Malaysia dilanda dengan “banjir siswazah” akibat daripada dasar pendemokrasian pendidikan dibawa oleh Dasar Ekonomi Baru. Peluang-peluang pekerjaan yang berkurangan akibat kemerosotan ekonomi menyebabkan pengangguran segolongan besar siswazah, maka sebahagian mereka telah diserapkan ke profesion perguruan.Kriteria bercorak akademik digunakan dalam pemilihan calon perguruan tanpa menitikberatkan sikap, aptitude atau kecenderungan dan personaliti disertai dengan iltizam untuk berjaya merupakan faktor penentu sama ada seseorang itu menjadi guru baik atau sebaliknya. Profesion perguruan dan skim perkhidmatan pendidikan masih belum menandingi profesion-profesion lain seperti peguam, perniagaan, perakuanan dan kedoktoran yang menarik pelajar terbaik. Misalnya, syarat umum kemasukan universiti adalah lulus SPM dengan kepujian BM termasuk lulus ujian lisan, mendapat sekurang-kurangnya gred E bagi Pengajian Am, gred E bagi dua mata pelajaran lain bagi calon dari STPM.Isu tentang kelulusan akademik guru bukan sahaja menarik minat orang ramai di Malaysia sahaja. Laporan dari Amerika tentang keadaan kurang memuaskan bagi keupayaan akademik (scholastic aptitude) di kalangan pelajar berminat menjadi guru.Kebolehan intelektual bakal-bakal guru didapati jauh lebih rendah daripada kebolehan kebanyakan pelajar yang mengkhusus dalam bidang lain seperti kejuruteraan dan perubatan. Justeru itu, pendidikan hanya dapat menarik pelajar-pelajar yang kurang kebolehan dalam bidang akademik. Untuk menaikkan imej penguruan di AmerikaSyarikat, syarat kelulusan akademik memasuki bidang perguruan dinaikkan dari CGPA2.00 ke 2.5 (Laman dan Reeves, 1983). Kajian-kajian seterusnya menunjukkan latarbelakang akademik pelajar pendidikan perguruan sama baik dengan latar belakang akademik pelajar dalam bidang lain (Fisher dan Reldman, 1985; Book, Freeman danBrousseou, 1985).Gambaran yang jelas telah menunjukkan kelulusan akademik calon pendidikan kurang daripada pelajar yang mengikuti pengajian perubatan, kejuruteraan dan undang- undang. Walau bagaimanapun, untuk menjadi guru baik, kelulusan akademik semata-mata tidak dapat dijadikan ukuran, banyak sifat lain seperti dedikasi, sabar, akhlak baikadalah sangat penting.Perlukah temuduga lebih ketat bagi pemilihan calon program pendidikan diadakan? Keberkesanan guru bergantung kepada latihan yang diterima dan keperibadian. Calon yang tidak berminat, dan menganggap guru sebagai satu pekerjaan tidak dapat menjadiseorang guru yang baik. Kredibiliti guru bergantung kepada:Nilai sikap motivasi faktor personalitifaktor aspirasi dedikasi, komitmen dan kepuasan diperolehi.sikap penyayang terhadap kanak-kanak dan bercita-cita mengeksploitasi potensi mereka sepenuhnya.

CADANGAN

Disarankan beberapa tindakan yang boleh diambil bagi meningkatkan nilai etika dan kualiti profesion perguruan dalam sistem pendidikan di negara ini, diantaranya seperti berikut :

Topik Etika dan Profesion Keguruan dengan berpandu kepada Tatasusila ProfesionPerguruan, Malaysia yang tercatat dalam Buku Rekod Pengajaran, dimasukkan kedalam agenda Mesyuarat Pertama Tahunan dan apabila adanya guru baru yang melapor ke sekolah untuk mengingatkan guru-guru tentang kod etika perguruan yang harus dipatuhi. Dengan membuat demikian, pengetua dan guru besar juga akansentiasa mengingati wujudnya kod etika yang harus dipatuhi dalam pengurusan sekolah.

Selain daripada itu, juga pamerkan Tatasusila Profesion Perguruan dalam Bilik Guru supaya ianya dapat dibaca oleh seluruh masyarakat sekolah agar guru akan sentiasa sedar akan kod etika profesion keguruan.

Laksanakan program peningkatan profesionalisme guruMelalui program berkenaan membolehkan guru sekolah terbabit bekerjasama dengan pensyarah IPG mengusahakan program yang dikenal pasti berdasarkan keperluan masing-masing, seperti membina bahan pengajaran dan pembelajaran(P&P), kursus padagogi dan motivasi serta meningkatkan profesionalisme guru.

Memberi bimbingan profesional berterusan kepada guru, sekaligus menaikkan prestasi pelajar di kawasan pedalaman dalam pelbagai aspek, bertepatan matlamat mempertingkatkan akses, ekuiti serta kualiti pendidikan dan strategi memperkasakan sekolah kebangsaan.

Kualiti pengajaran dan pembelajaran guru di padalaman perlu ditangani dengan melaksanakan strategi berbeza daripada guru lain. Geografical isolation perlu dipecah bagi mengurangkan jurang perbezaan pendidikan antara kawasan pedalaman, luarbandar dan bandar

Guru perlu menyusun dan menentukan keutamaan kerja mereka sendiri. Dalam hal ini Omardin Ashaari (1996) menyatakan dalam teori moden, kaedah yang paling berkesan untuk mencapai matlamat bukan dengan menggunakan kuasa (autokratik)tetapi dengan memenuhi hasrat dan keperluan individu, di mana pihak pentadbiransentiasa mengambil daya usaha untuk memotivasikan guru dan kakitangan sekolah.

Pembangunan Profesionalisme Melalui Pengurusan IlmuSecara jelasnya, pengurusan ilmu sebenarnya mendorong kita untuk meningkatkan profsionalisme dengan memberikan yang terbaik melalui konsep pengurusan ilmudengan menekankn konsep perkongsian, mencari maklumat yang baru. Maklumat ini seterusnya akan digunakan untuk perkembangan profesionalisme pendidik. Fullan danHargreaves (1992) menjelaskan bahawa konsep `collaberative’ di dalam pekerjaan akan memberikan lebih pendekatan untuk menjadikan pendidik lebih profesionalisme terutama di kalangan mereka yang baru berkhidmat serta langkah-langkah yang dijalankan oleh Fullan dan Hargreaves merupakan cadangan yang sama dengan konsep pengurusan ilmu ialah
·        Menggalakkan kerjasama di kalangan pendidik berkaitan dengan projek dan pembangunan pelajar.
·        Sering bertukar pendapat,kerjasama di dalam seminar, mesyuarat, atau perjumpaan yang diadakan oleh pihak sekolah bagi tujuan pembangunan profesionalisme pendidik. Bermatlamatkan kejayaan. Pendidik bekerjasama menjalankan idea yang diciptauntuk mencapai matlamat mereka.
·        Menganjurkan perjumpaan secra tetap bertujuan berbincang mengenai masalahpelajar. Mereka sentiasa bertukar pendapat, meneliti semula penilaian dan pencapaianpelajar, dan menggunakan kesempatan untuk membina alat bantu mengajar

PENUTUP

Kesederan kepada etika dalam memartabatkan profesion perguruan perlu datang dari pengalaman guru-guru sebagai pendidik itu sendiri. Nilai etika dan gaya professional keguruan perlu diterapkan dalam organisasi pengurusan guru dan aspek pedagogi keguruan agar matlamat pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dimanfaatkan kepada pelajar. Nilai etika dan gaya ini haruslah di pupuk dalam program pendidikan guru lagi agar mereka dapat mengetahui lebih mendalam tentang objektif sebenar menjadi seorang pendidik. Guru perlu memastikan pencapaian matlamat dan objektif dasar pendidikan, guru juga perlu berdepan dengan tanggapan dan persepsi pelajar dan masyarakat yang pelbagai terhadap etika dan profesion keguruan.

RUJUKAN

Book, C.L, Freeman, D.J.& Brousseau B. 1985. “Comparing academic backgroundsand career aspirations of education and non-education majors”. Journal of TeacherEducation, vol.36(No.3): 27 – 30






Donald Schon (1983) A guide to innovation in education. Ann Arbor, ISR: University ofMichigan.

Fisher, R.E.and Feldman, M.E. 1985. “Some answers about the quality of teachereducation students. Journal of Teacher Education, vol.36(No.3): 37-40.

Fullan, M & Hargreaves, A. 1992. What’s Worth Fighting for in your School? Together for Improvement. Buckingham : Open University.Mack. (1975) Dalam

Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran DanKualiti. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohammed Sani Bin Ibrahim. 1992. Satu penilaian terhadap pendidikan guru dalam perkhidmatan di Malaysia dan implikasinya untuk masa depan. Tesis Doktor Falsafah.Universiti Kebangsaan Malaysia.

Robiah Sidin. 1998. Pemikiran dalam pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran Dan Kualiti. PenerbitUniversiti Kebangsaan Malaysia.

Stenhouse (1975) Professional Ethics In Teaching: Towarda The Development Of ACode Of Practise. Journal of Education, 0305764X, Jun 2000, Vol. 30, Issue 2.Academic Search Premier.

Suprihadi dan Soehartono (1982) “Comparing academic backgrounds and careeraspirations of education and non-education majors”. Journal of Teacher Education,vol.36(No.3): 27 – 30Thiroux J.P. 2001. Ethics, Theory and Practice (7th Edition). New Jersey : Prentice Hall.

Yu-Mei Lin dan Spodek. (1992). Early Childhood Teacher Preparation In Taiwan. EarlyChild Development and Care Journal, 78, 95-109.

________________________________________________________________________

LATIH AMAL 1:

ISL (2 jam)

1. Dapatkan keratan akhbar/artikel/majalah/internet tentang
    cerita/isu guru-guru melanggar Etika Keguruan

2. Simpan bahan-bahan di atas dalam portfolio pelajar

TUTORIAL (1 jam)

1. Jelaskan kepentingan Etika dan Kod Etika kepada seorang guru

Rujukan:
Profesio Keguruan: Cabaran pendidikan masa kini, UKM Bangi

Tarikh Pembentangan: 7 Ogos Jam 11.30-12.30tgh

Panel:

1. Ahmad Aimi Akmal bin Mohd Junidi
2. Amir Syazli bin Abdul Razak










No comments:

Post a Comment

Post a Comment