Thursday 22 November 2012

KULIAH 8 :PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH (Ringkasan)
 
1)     Peranan Guru;
·         Pengamal Ilmu dan Kemahiran
·         Pembimbing
·         Pengamal Reflektif
·         Penyelidik
·         Agen Sosial
·         Agen Perubahan
·         Pengganti Ibu Bapa
·         Pembentuk Tingkah Laku
·         Pengurus Pembelajaran
2)    Pengamal Ilmu dan Kemahiran;
n  Pengamal pengetahuan kandungan pedagogi.
n  Menstruktur pengajaran dengan mengintegrasikan unsur kemahiran dan nilai.
n  Mempunyai peranan memindahkan ilmu dan meninggikan adab murid.
n  Mempraktikkan budaya ilmu – membaca, berfikir, membuat penyelidikan & mencari idea baru.
 
3)    Pembimbing;
n  Menyemai minat dan motivasi terhadap mata pelajaran.
n  Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid.
n  Menanamkan minat dan sikap yang sihat pada alam persekolahan & amalan seharian.
n  Mengenal pasti & membantu murid yang mengalami masalah spt pelajaran, sosioemosi & kesihatan.

4)    Pengamal Reflektif
n  Membantu guru permulaan menstruktur pemikiran bagi menguasai aspek kandungan pengetahuan.
n  Meningkatkan tahap profesional guru.
n  Menambahbaik aktiviti P&P.
n  Jika diterapkan kepada murid membolehkan mereka memperoleh kemahiran berfikir kritis & kreatif.
5)    Penyelidik
n  Dapat meningkatkan kualiti P&P.
n  Menjalankan pelbagai jenis penyelidikan yang berkaitan amalan P&P.
n  Menggunakan BBM dan mengkaji keberkesanannya melalui kajian penyelidikan tindakan.
n  Guru boleh menjaalankan penyelidikan biasa menggunakan kaedah kes, soal selidik, pemerhatian & temubual.
 
 
6)    Agen Sosial
 
n  Guru agen sosialisasi.
n  Guru bukan sahaja menyampaikan pengetahuan tetapi perlu menupuk sahsiah, sikap dan nilai selaras dengan kehendak budaya masyarakat.
n  Guru berperanan sebagai pembudayaan masyarakat.
7)    Agen Perubahan
n  Masalah sosial masyarakat satu cabaran besar kepada tanggungjawab guru.
n  Guru berperanan mengawal kepincangan ini.
n  Oleh itu guru perlu membina kesepaduan ilmu, kemahiran dan nilai  kepada murid.
n  Menerapkan nilai kepimpinan demokratik.
n  Peranan guru sebagai agen perubahan meliputi
n  Menggunakan strategi pemusatan murid
n  Mengawal sikap penyayang
n  Bersikap proaktif
n  Bersedia menghadapi perubahan
 
8)    Pengganti Ibu Bapa
n  Guru perlu mendapat kefahaman sosiobudaya anak muridnya.
n  Guru hendak peka dengan emosi, keperluan dan perubahan sikap & tingkah laku murid.
n  Murid perlu diberi dorongan dan bimbingan tanpa batasan pilih kasih, prejudis atau diskriminasi.

9)    Pembentuk Tingkah Laku
n  Guru menyampaikan nilai moral, nilai agama, nilai terminal & nilai instrumental bagi membentuk tingkah laku murid.
n  Bilik darjah yang efektif  menekankan pembentuk tingkah laku (kesungguhan, kerajinan, ketekunan, persahabatan, toleransi dan kesabaran).
10) Pengurus Pembelajaran
n  Meningkatkan keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan sosial.
n  Mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial pelajar.
n  Memudahkan guru mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada pelajar.
n  Pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih dan diskriminasi.
n  Memupuk nilai persahabatan, kerjasama, toleransi dalam kalangan pelajar.
n  Mengurus pelbagai rutin bilik darjah dan  rutin aktiviti murid.
n  Menguruskan persediaan mengajar teratur dan sistematik seperti RHP, BBM dan membuat rujukan pada bahan lain yang terkini.
n  Mengurus perancangan penilaian termasuk prosedur dan BBM.
 

No comments:

Post a Comment